Sunday, 14 December 2014

tigapuluhsatu

Konkrit di sekelilingku
menghalang imaginasi menembus ke dunia luar

Pen ditangan berpusing 360 darjah
Kertas masih belum dihuni si abjad

Malam bertemu buntu
Siang berpacar kesibukkan

Si abjad masih dicari.

Saturday, 22 November 2014

tigapuluh

(Aku sekadar ais krim kesukaanmu)

Disejuk sampai beku
Dijilat sehabis mahu
Dinikmat penuh syahdu
Mencair dan mengalir dalam tubuhmu
Terpenuh secebis nafsu

Wednesday, 19 November 2014

duapuluhsembilan

Belikan aku buku dari baki wang saku
Atau dari hasil duit kutu
Biar lama atau baru
Buat aku timba ilmu

Sunday, 16 November 2014

Monday, 3 November 2014

duapuluhtujuh

Kenapa pendam luka?
benarkan saya rawat
Lagi dua tiga hari
Kalau masih terasa sakit
Saya disini saja
Tak kemana
Atau nanti sembuh
Boleh hubungi
Untuk secawan kopi

Thursday, 23 October 2014

duapuluhenam

Tuhan tidak pernah salah
tuhan tidak pernah salah
tuhan tidak pernah salah
tuhan tidak pernah salah
tuhan tidak pernah salah
tuhan tidak pernah salah
tuhan tidak pernah salah

Dan
jangan sesekali persoal kerja Dia.

Tuesday, 21 October 2014

duapuluhlima

Fahamilah
Andai aku diam
Saat kau seperti guruh
Aku cuma tidak mahu
Menjadi kilat ⚡